Lama rasanya tak menulis. Sebenarnya takde lah sibuk pun. Cuma mulut dan otak je yang sibuk-sibuk kata saya ni sibuk. Bak kata seorang tokoh yang saya lupa siapa (otak ni makin lama makin susah mengingat), "When you said you have no time, you will never have time" dan itu lah yang terjadi kepada saya.
Disember sudah menjengah ke tengah. Soalan yang sering saya tanyakan kepada diri sendiri, 'Apa yang aku buat lepas hantar disertasi dulu?' Untuk pengetahuan anda, disertasi saya telah dihantar awal oktober lagi. Dan pada 10 Disember lalu saya telahpun mendapat komen balas (feedback) untuk penulisan tersebut. Alhamdulillah, tak banyak yang perlu diperbetulkan. Commity memberi tempoh selama 2 minggu untuk melakukan pembaikan dan menjilidkannya kepada cover kulit keras.
Ke Kota SingaBack to the question, apa yang saya buat selepas hantar disertasi dua bulan lalu? Seingat saya, perkara pertama yang saya lakukan adalah pulang ke rumah di Rawang. Baru beberapa hari di sana, saya merasa sangat bosan. Ayah dan ibu bekerja. Adik-adik pula ke sekolah. Tinggal bersendirian di rumah ditemani tv dan komputer, saya ambil tindakan nekad untuk mengikut teman sekelas ke Singapura. Sempat juga melihat-lihat tempat orang. Belajar budaya yang sebelum ini tidak diketahui. Sempat merasa menaiki trem yang rupanya tak ubah seperti LRT di Kuala Lumpur cuma bezanya, penumpang di KL berebut-rebut nak duduk. Soal mengalah, abaikanlah ye. Almaklum, penumpang di KL sangat suka tidur. Kalau tak duduk macam mana nak tidur kan?

Di Singapura pula, penumpangnya (khususnya yang muda) jarang-jarang nak duduk. Saya siap duduk dengan kerusi di kiri kanan yang kosong. Sambil-sambil berdiri, penumpang di sana menghiburkan diri sendiri dengan headphone di kepala (telinga?). Keadaan ini bukan hanya dilakukan oleh remaja tetapi juga mereka yang dewasa. Ada juga lah beberapa kerat yang membaca pocket book. Fenomena 'melayan telinga' ni tak hanya dalam trem. Sambil berjalan pun kebanyakan mereka melakukan perkara yang sama sehingga menjadi agak sukar untuk bertanya jalan. Sesat di tengah bandar Singapura, saya mengambil inisiatif bertanya jalan pada orang tempatan. Yang saya perasan, kalau nak tanya jalan, tak perlulah bertanya pada yang lebih kurang sebaya dengan saya. Nak tak nak je jawabnya. Saat tersesat inilah saya merasa rindu yang amat sangat dengan Malaysia (walaupun saya pernah terluka dengan kesombongan dan individualistik KL).
Ke TaipingPulang dari Singapura, sehari di Rawang kemudian pulang ke Penang. Beberapa hari di Penang, ke Taiping pula. Taiping bandar yang nyaman. Hutan masih banyak, pokok tentu sekali banyak, tasik pun banyak, taman tasik juga luas. Tapi sedihnya, kenyamanan dan kedamaian Taiping merobek luluh hati saya. Taman tasik di Taiping menyaksikan pasangan muda-mudi bercengkerama, memadu asmara. Sedang saya berjalan kaki di Taman Tasik Taiping, hujan yang mulanya renyai makin melebat. Ingin menumpang teduh di wakaf-wakaf yang banyak tersedia. Lalu di wakaf pertama, si gadis bingkas bangun. Betul-betulkan baju. Saya pandang wajah kawan saya di sebelah. Geleng kepala. Terus berjalan. Wakaf kedua, si gadis bertudung duduk rapat dengan pasangannya. Kami jalan lagi. Ternampak kemah besar seperti kemah pesta. Tumpang berteduh. Tidak berapa jauh dari kami, si gadis sibuk memeluk pasangannya yang duduk di atas motor dari belakang. Saya mula merasa aib. Kawan saya juga tampak resah. "Niza, kalau kita tak buat apa-apa macam ni, kita berdosa tak?" Saya terdiam seketika. Lantas membalas, "Kalau tak mampu guna tangan, guna mulut. Tapi kita tak mampu juga, melarang dalam hati boleh kot. Tapi tu selemah-lemah iman. Kita doakan supaya Allah tunjukkan yang terbaik." Tak lama kemudian, si lelaki turun dari motor dan menjauhi pasangannya. Kami tersenyum. Sekurang-kurangnya dia masih punya rasa malu. Nauzubillah, ngeri rasanya bila melihat keadaan seperti ini. Ngeri memikirkan diri sendiri, memikirkan adik-adik dan kawan-kawan remaja yang lain. Ya Allah, yang memiliki hati. Janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan hidayahMu. Janganlah Kau bolak balikkan hati kami. Tetapkanlah kami pada jalan yang Engkau redai.
Ke Biro TatanegaraSekembalinya dari Taiping, saya melakukan persediaan untuk ke BTN di Balik Pulau, Pulau Pinang. Lama dah tak ke kem, banyak juga yang perlu dibeli. Termasuklah baju kurung sekolah. Di BTN ni wajib pakai baju putih, kain hitam dan kasut. Untuk orang yang tak ada baju putih, kain hitam dan kasut tertutup seperti saya ni, banyak lah yang nak dibeli. Dalam melakukan persiapan, sempat juga kawan saya yang membantu disaman polis. Tersilap parking di kawasan larangan.

Elok pula selepas lima hari mengikuti BTN, kontroversi kerajaan negeri Selangor mengharamkan BTN. Diikuti pula dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya tak mahu komen lebih tentang hal ni. Tapi pendapat peribadi saya, BTN ni takde lah politik sangat. Patriotik mungkin. Sebab sebaik saja tamat program, saya dan tiga lagi peserta dari USM menjadi lebih cintakan Malaysia. Lebih memahami sejarah, lebih sedar bahawa perjalanan selepas ini pasti tidak mudah dan tanggungjawab pasti lebih besar. Kalau di Malaysia mungkin tak terasa apa-apa. Tapi kalau di luar negara? Memandangkan BTN ini disertai oleh mereka yang kebanyakannya sudah bergelar pensyarah di IPTA seluruh Malaysia, peraturannya tidak begitu ketat. Oh ya! Semasa mengikuti BTN, kawan-kawan dan para pensyarah di ISDEV bertolak ke KL untuk Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyidin Yassin. Anugerah yang disertai oleh para pelajar yang menulis tesis di seluruh Malaysia ini dimenangi oleh pensyarah saya yang menyelesaikan pengajian PhDnya tahun lepas. Tahniah buat Dr Fazila Azni Ahmad aka Dr Suekainah.
AidiladhaBTN tamat pada 23 Nov. 25hb saya pulang ke Rawang untuk sambutan Aidiladha. Alhamdulillah, selepas tamat peringkat degree, saya sudah boleh pulang menyambut Aidiladha dengan keluarga. Semasa degree dulu, jangan harap nak dapat balik. Ketika tahun 1, ada kelas yang perlu dihadiri sehari sebelum dan sehari selepas Aidiladha. Hal yang sama ketika tahun 2. Tahun 3 pula terpaksa bertapa di makmal. Bakteria dalam incubator tak boleh ditinggal sesuka hati. Barangkali kerana sikap saya dulu yang lebih mementingkan kerja berbanding keluarga membuatkan saya kini lebih kerap pulang ke rumah. Family first. Hidup bukannya lama. Ibu dan ayah juga makin tua. Kerja memang tak akan selesai sampai bila-bila. Tapi jangan sampai mengganggu silaturrahim kekeluargaan. Apapun yang saya lakukan, saya tetap seorang anak, seorang adik dan seorang kakak. Haha mungkinkah ini juga melambangkan saya sudah semakin dewasa (tua?).

Sempat juga bercuti bersama keluarga. Berkali-kali saya katakan kepada ibu. "Pergilah, ija takpe." Setiap kali ibu merungut karana terpaksa menangguhkan jadual percutian sekeluarga kerana saya. Tapi ibu akan membalas pula, "Tak seronoklah kalau ija tak pergi". Lalu, hari terakhir hari tasyrik saya bersama keluarga bertolak ke sebuah pulau yang jauh. Tapi jauh macam manapun, teknologi terkini masih menghambat kami sekeluarga. Adik lelaki masih kerap diganggu teman-temannya. Abang pula tak habis-habis diganggu orang di pejabat. Cuma ayah saya yang tidak diganggu. Barangkali kerana statusnya sebagai seorang pesara dan kini hanya berkhidmat dengan kontrak.
Penang Again! Kembali ke USM di bulan Disember. Ada Kursus Kaedah Penyelidikan di EUREKA. Jumpa kembali beberapa peserta BTN tempoh hari. Dapat tahu, semuanya lulus BTN. Syarat KPT dah makin lengkap. Lepas ni semua nak terbang bertebar merata dunia. Tinggal saya yang tak tahu nak ke mana. Adoi!
Dah banyak kali sebenarnya saya mengikuti Kursus Penyelidikan. Tapi memandangkan kursus anjuran Jabatan Pendaftar UsM ni wajib dihadiri, saya ikutkan juga lah. Tapi tak sia-sia mengikutinya. Penceramah kebanyakannya dari School of Management. Bukan sekadar pengetahuan mengenai kaedah penyelidikan dan penulisan akademik, nasihat-nasihat berguna untuk kehidupan pelajar PhD juga diperoleh. Salah satu kata-kata yang begitu menangkap perhatian saya adalah kata-kata Dr Siti Rohaida bahawa air mata menjadi teman paling setia semasa beliau bergelar pelajar PhD. Isk takut la plak. Tak lupa, diselitkan beberapa ugutan agar menyelesaikan pengajian secepat mungkin, dalam tempoh yang dibenarkan. Hehe kalau lambat, bersedialah menghadapi hukuman!

Alhamdulillah, semua dah selesai. Yang belum selesai ialah proposal untuk kajian akan datang dan pembetulan disertasi. Juga pencarian tok guru...susahnya mencari guru. Adoiyai!
Sekian dulu,
salam kasih.. .
ps: camne nak merawat malas?