Showing posts with label zakat. Show all posts
Showing posts with label zakat. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Antara 2 Extreme


Ada dua ideologi sistem ekonomi yang memonopoli pembangunan dunia: KAPITALISME dan SOSIALISME.

KAPITALISME
Melalui dasar lasseiz faire, kapitalis boleh melakukan apa saja tanpa sekatan, tanpa terikat dengan dengan campur tangan kerajaan. Yang penting, produk dapat dikeluarkan dalam jumlah yang banyak sekaligus mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Individualistik berleluasa. Yang kaya tambah kaya, yang miskin makin ditindas.

SOSIALISME
Jangan salah faham antara sosialis dengan komunis. Walaupun matlamat kedua-duanya sama - pengagihan kekayaan sama rata kepada rakyat. Berbeza dengan komunis yang menggunakan kekerasan, golongan sosialis menggunakan kaedah yang aman dan melalui saluran undang-undang. Dalam ideologi ini, kekayaan akan diagihkan sama rata kepada rakyat. Tiada istilah kekayaan individual. Miskin sama miskin, kaya? hm...takde kot.

Ke-extreme-an kedua-dua ideologi ini bertentangan dengan ajaran Islam. Allah kan suka bila hambaNya bersederhana. Bertebar mencari kekayaan di atas muka bumi ciptaan Ilahi. Tapi bila seruan berkumandang, panggil untuk menunaikan solat, tinggalkan semua kerja dan dirikan solat.

Kan ada pepatah Arab, Man jadda wa jadda - siapa yang bersungguh-sungguh dia yang mendapat hasilnya. Bunyi macam kapitalis je kan? Islam tak menghalang daripada mengumpul kekayaan. Carilah harta sebanyak manapun. Tapi mesti halal, mesti bersih daripada perkara-perkara yang diharamkan. Macam riba, judi, gharar (ketidakpastian / penipuan) mahupun penindasan. Lepas harta tu dikumpul, jangan lupa keluarkan zakat.

Kenapa nak kena keluarkan zakat? Harta tu kan kita yang usaha. Kita yang cari penat-penant. Apesal pulak nak bagi kat orang yang entah kita kenal pun tidak?

Allah berfirman yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka" (9:103).

Dalam banyak-banyak ibadah rukun Islam, zakat ni je lah yang memerlukan kita mengembalikan sedikit daripada apa yang kita ada kepada saudara seagama kita kat luar tu. Syahadah, boleh ucap sorang-sorang. Solat pun sah kalau buat sorang-sorang. Puasa memang lapar sorang-sorang. Haji, pun boleh sorang-sorang. Zakat, kalau ada pembayar takde penerima..tak jalan juga. Lagi teruk kalau ada penerima tapi takde sape nak bagi zakat. Memang confirm tak bleh nak ditunaikan.

Kalau di Malaysia, memang ada undang-undang tentang pembayaran zakat dan kewajipan rakyat Malaysia yang bergelar muslim untuk mengeluarkan zakat. Tapi biasalah, undang-undang yang ada kaitan dengan hal ehwal Islam ni berada di bawah kawalan negeri. Penguatkuasaan pun tak dilaksanakan. Tapi itu bukan alasan untuk sesiapa yang layak keluarkan zakat untuk buat tak endah dan bolot hartanya seorang diri. Zakat tetap wajib dikeluarkan.

Harta yang kita usahakan, memang kita yang punya. Kita dah bekerja sekeras dan sekuat mungkin. Kenapa pulak nak diberikan kepada orang lain? Usaha la sendiri. Ada tangan ada kaki..kerja lah! Mungkin kita terlupa pemilik sebenar kekayaan - Allah Yang Maha Kaya. Tanpa izin Dia, mana mungkin kita dapat apa yang kita ada.

Carilah harta sebanyak mungkin, berusaha dan bekerja seperti kita akan hidup selama-lamanya. Tapi jangan pernah terlupa, mati boleh datang bila-bila masa. Harta yang menggunung tak mungkin dapat bantu kita di mahsyar sana. Dah tu, buat apa nya nak kumpul harta banyak-banyak? Supaya kita boleh kongsi-kongsi..agih-agih pada saudara kita yang kurang berkemampuan. Barulah ada kitaran kekayaan. Barulah ada keseimbangan dalam kehidupan. Keluarkan zakat bukan sekadar membantu orang lain, tapi sebenarnya membantu diri kita sendiri juga. Tak percaya?

"..dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (73:20)

Thursday, September 03, 2009

Zakat for beginners


Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat. Kalau anda rajin bertadarus, pasti sudah seringkali anda bertembung dengan ayat ini. Suruhan menunaikan zakat dirangkaikan sekali dengan suruhan mendirikan solat. Firman Allah dalam bentuk seperti ini terdapat sebanyak 27 kali di dalam al-Quran.

Perbincangan mengenai zakat memang meluas tetapi khusus buat kawan-kawan saya yang genap setahun bekerja, tulisan mengenai zakat ini dituliskan dengan mudah. Asal faham sudah~

Okay, lets check how long have you been working and having your own salary? Since most of you've graduated at August 2008, and then becoming jobseeker. Let say anda mula bekerja pada September 2008. Jadi, September 2009 ini genap setahun anda bergelar pekerja. Ingatan buat semua, kiraan zakat bukan mengikut tahun masihi tetapi mengikut tahun hijrah. Oleh kerana tahun hijrah lebih pendek daripada tahun masihi, jadinya sebelum masuk September 2009 lagi jangka masa setahun telah dipenuhi.

Dalam masa setahun ini, anda bayar tak zakat ke atas pendapatan yang anda peroleh? Apa? tak? isk isk isk. Janganla macam tu. Percaya atau tidak, anda sudah bergelar penjawat. Anda telah mempunyai pendapatan sendiri. Sebenarnya, zakat pendapatan ini dikiaskan kepada zakat pertanian. Berbeza dengan zakat lain yang biasanya dibayar setelah genap setahun harta itu dimiliki, zakat pertanian dibayar setelah hasil dituai. Oleh itu, zakat pendapatan juga sepatutnya dibayar sebaik sahaja gaji anda diperoleh.


Sebenarnya saya sendiri tiada pengalaman membayar zakat. Almaklum, saya tidak pernah mempunyai gaji tetap. Tapi baru-baru ini seorang daripada kawan saya bising-bising mahu menunaikan zakat tapi tidak tahu caranya. Saya rasa, kawan-kawan yang lain pun ada kesedaran untuk membayar zakat tapi macam biasa, tak tahu bagaimana.

Caranya tidaklah susah sangat. Lagipun, zakat ini tidak setinggi cukai pendapatan yang dipotong daripada pendapatan anda. Cuma 2.5% daripada gaji anda je. Itupun sudah ditolak perbelanjaan untuk diri sendiri, isteri, anak, KWSP dan juga kiriman untuk ibu bapa. Tambahan lagi, setelah zakat dibayar anda akan memperoleh rebet untuk cukai pendapatan. Jadi katakanlah zakat yang anda bayar sebanyak RM240 setahun (bulanan sebanyak RM20) dan cukai pendapatan anda pula RM1000, maka anda cuma perlu bayar RM800 untuk cukai pendapatan anda.

Bagi yang pertama kali mahu membayar zakat, saya galakkan anda berkunjung ke kaunter zakat yang berdekatan dengan lokasi anda. Kalau anda bekerja di Selangor, maka bayarlah kepada mana-mana kaunter Lembaga Zakat Selangor. Kalau bekerja di Kuala Lumpur, boleh ke kaunter Pusat Pungutan Zakat, dan kalau bekerja di Penang, boleh ke mana-mana kaunter Pusat Urus Zakat. Sebab apa saya galakkan anda ke kaunter zakat? Sebab untuk pengalaman kali pertama ni lebih baik kalau anda memperoleh suasana sebenar pembayaran zakat. Nanti pegawai di kaunter akan membacakan doa untuk anda. Pengalaman ini saya rasa kalau tak rasakan sendiri mungkin nikmat mengeluarkan sebahagian harta yang kita miliki tu tak berapa rasa sangat. Yelah, bukan mudah kan nak bagi apa yang dah kita usahakan kepada orang lain. Tanpa rasa kehambaan dan kesyukuran kepada Allah, mungkin zakat amat sukar dilaksanakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh tanyakan lebih lagi kepada Mr. Google. Di sini juga saya sediakan link untuk anda melakukan web-walking di beberapa website institusi yang menguruskan zakat. PPZ Wilayah Persekutuan. PUZ Penang. Recomendation daripada saya, laman web zakat Selangor dan blognya.

Renung-renungkan dan selamat berzakat~

ps: zakat fitrah tak sama dengan zakat pendapatan. Kalau sebelum ni ayah yang bayarkan, tahun ini bagaimana?