Friday, February 24, 2012

Jumaat dah?


Assalamualaikum!

Wah dah hari Jumaat! Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak hujung minggu.

Dalam seminggu, ada dua hari yang menjadi kesukaan saya - hari Isnin dan Jumaat. Hari Isnin, sebab Rasulullah hadir ke muka bumi (dilahirkan) pada hari Isnin dan saya pun lahir pada hari Isnin. Kalau masa sekolah dulu, saya suka sangat hari Isnin sebab boleh pakai kasut yang bersih (maklumlah, baru dibasuh) dan biasanya saya paling bersemangat pergi ke sekolah pada hari Isnin. Excited nak jumpa kawan-kawan setelah dua hari tak berjumpa. Tak ada istilah Monday blues waktu sekolah dulu.

Kalau hari Jumaat pula, paling seronok mestilah sebab masa pembelajaran yang singkat. Yang paling bestnya, cikgu-cikgu pun relax je pada hari Jumaat. Tak garang dan lebih keibuan daripada biasa. Ini yang saya rasalah. Mungkin juga cikgu tu sama saja macam hari-hari lain tapi disebabkan mood saya baik semacam, saya melihat orang lain pun baik juga :)

Tapi rasa bersemangat pada hari Isnin tu makin hilang bila makin dewasa. Kenapa ya?

Okay, tak apalah. Saya cuba tingkatkan semangat Isnin saya. Tapi sekarang ni, saya nak kongsikan satu klip video parody Rebecca Black, It's Friday. Tapi yang ini, versi Islamic dengan judul "It's Jumuah" and it's farrrrr way better than the original one.

Hari ini hari Jumaat, buat para muslimin, selamat menunaikan solat Jumaat dan para muslimat, kita baca Surah al-Kahfi jom!




IT'S JUMUAH - Raef

5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12.45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! (yeah)
Miswaking!, Miswaking! (oh)
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Monday, February 20, 2012

The Remedy


Takdir Allah, bukan saja-saja Dia bawa kau ke sini. Dan bila Dia bawa kau ke sini, tentu sekali Dia akan bawa kau melaluinya.

The remedy, is in your hand. Use it..wisely.

InsyaAllah :)

Himnae!

Sunday, February 12, 2012

The Eraser's Love

The conversation between the Pencil & Eraser give us a big message:

Pencil: I'm sorry . . . I made a mistake again . . .

Eraser: Never mind, my dear . . . you didn't do anything so wrong that it can not be corrected . . .

Pencil: I'm sorry . . . because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. In making my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. I want you to be correct . . . always.

Pencil: I am happy that you are always there to correct me. I do not know how I will do without you . . .

Eraser: I know one day I'll be gone. But you'll replace me with a new one or an alternative. I love to be with you and I'm actually happy doing my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. I wish, eventually you will learn to do your job without the need for me.


I found this conversation between the Pencil and the Eraser very inspiring. Parents are like the Eraser whereas their children are the Pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes and encouraging them to correct themselves. Sometimes along the way . . . they get hurt, become reduced, older, brittle and in the end, pass on. The Parents are aware that the children will eventually find someone new (spouse), yet they are always happy doing their bit for their children. They hate to see their precious ones worrying or sad; rather they wish their children do a good job and make a lasting mark in this world.

This is for all those loving parents out there . . . and to their lovely children who are striving hard (as never before) to make their mark in this world.

We never know the love of our parents for us till we have become parents.

Source: Muhammad-SAW-The-Last-Messenger

Wednesday, February 01, 2012

Cara Rasulullah s.a.w

Maulid Nabi dah semakin dekat. Rasanya tak salah kalau sempena hari lahir/kewafatan orang yang paling kita sayang ini kita jadikan sebagai pemula kepada amalan gaya hidup yang baru.

Jom kita amalkan cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan diri. Umat yang sihat insyaAllah boleh jadi umat yang kuat kan!


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Antara hikmahnya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim"
(ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ) kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Tidak berputus asa saat menghadapi rintangan atau kegagalan malah terus berusaha melakukan yang terbaik. Melihat bahawa dalam setiap masalah ada hikmahnya, setiap kesusahan pasti ada kemudahannya.

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Sifat dengki dan cemburu yang negatif juga tergolong dalam kumpulan ini.

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."

Oleh Ustaz Zawawi Yusof
sumber: LayarMinda