Wednesday, January 29, 2020

Nota Pentadbir: Ketua

Hats off untuk semua ketua dalam managerial position yang otaknya ada pelbagai perkara, berfikir untuk memastikal survival institusi sambil menanggung kelemahan/kesalahan underlings nya.

Jadi ketua itu bukan hanya punya kapasiti kepakaran dalam bidangnya tetapi juga punya gensi untuk memobilisasi staf agar KPI institusi dapat dipenuhi (sambil memenuhi tanggungjawab kepada ummah, sambil menikmati work-life balance).

ps: hari ketiga bersidang bincang hal KPI. Rasa macam nak termuntah, sakit perut, migraine, heart arrhythmia semua bergabung. Allahu

Tuesday, January 28, 2020

Nota Pentadbir: Serabut

Salah satu punca tidak efektifnya organisasi ialah disebabkan semua orang merasakan kerjanya banyak dan "serabut".

Mana tidak serabut. Dahi berkerut, meja penuh bersepah. Filing fail. 

Take a deep breath. Start again. Januari masih berbaki beberapa hari. InsyaAllah boleh! 

Sesebuah organisasi hanya akan berjaya sepenuhnya dalam keadaan harmoni apabila setiap staf dari semua peringkat, yang paling tinggi sehinggalah penghantar surat dan cleaner melaksanakan tugas masing-masing.

ps: jangan dipertikai orang cube sebelah cuti atau pi mana-mana. Fikir, sumbangan diri sendiri. Dah cukup setimpal kah dengan gaji yang diterima?

Monday, January 27, 2020

Adulthood

Dalam sela kesibukan, lama sungguh tak menghadirkan diri ke sini. Tenggelam dengan dunia pekerjaan, tenggelam dengan dunia sosial media juga.

Sebenarnya ada banyak perkara bermain dalam fikiran. Tapi tak tahu kenapa, sukar rasa nak meluahkan. Apatah lagi di sini. Mungkin ini tanda-tanda penuaan. Kalau tengok post dulu-dulu, yang pertama tahun 2008.

Waktu itu semangatnya, berapi-api. Tulis berjela. Isu kecil pun nampak besar. Sekarang, isu besar pun sengaja dikecilkan. Mungkin sebab ada terlalu banyak perkara bermain di kepala.

Dalam tempoh 2008 sehingga sekarang, 2020, banyak perkara berubah.
Sikap, tingkah laku, cara pandang, gaya, status. Hampir kesemuanya berubah.
Saya bermula di blog ini dulu sebagai gadis muda ceria yang berhasrat mengubah dunia. Dan setelah 12 tahun berlalu, nampaknya dunia yang telah mengubah saya.

Dari status pelajar, ke status pekerja kemudian ke status pentadbir.
Dari seorang yang cakna isu semasa kepada seorang yang selfish dan kini sedang berusaha untuk memperjuangkan kebaikan despite segala sifat selfishness yang ada pada diri saya.

Catatan-catan dalam blog ini selepas ini bakal berbentuk nota. Tentang peristiwa mahupun analisis yang saya peroleh melalui pergaulan, pemerhatian atau isu-isu yang perlu diulit dalam tempoh mentadbir.

BTW, tempoh ini tak lama. Dan semoga nota-nota ini boleh jadi peringatan dan bekalan buat saya dalam perjalanan untuk menjadi selfless ini.

Semoga Allah berkati,
w.n.h