Ini kali ketiga saya post kan entri "Tanya Sama Itu Hud-hud" dalam blog ini. Beberapa minggu lalu saya menerima mesej dari sesorang yang bertanyakan makna rangkap 'lang mensilang kui mensikui'. Pada entri sebelum ini saya tidak meletakkan makna di sebalik rangkap tersebut. Alhamdulillah, hasil dari perbincangan kami, saya memperoleh maknanya. Namun, perlu sentiasa tahu bahawa ini hanyalah interpretasi peribadi. Tidak semestinya betul, tidak semestinya sama dengan makna sebenar yang difikirkan oleh M. Nasir ketika beliau menuliskan lirik lagu ini. Terima kasih buat Akh Abdelgadir Tageldin kerana perkongsiannya. Terima kasih juga buat semua yang sudi membaca entri Tanya Sama Itu Hud-hud, mempromosikannya dan membincangkannya sehingga pelbagai makna tersirat dapat semakin difahami.
Tujuh puluh tiga pintuTujuh puluh tiga jalanYang sampai hanya satu jalan
Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (
Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30 (
سی = tigapuluh,
مرغ = burung. Tetapi kalau cari makna simurgh
سیمرغ, maknanya pheonix).
Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh
klik sini.
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu
blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
Satu lagi interpretasi untuk rangkap ini yang saya temui dalam satu
forum yang menggunakan entri saya dalam forum tersebut. Menurut forumer tersebut:
It refers to 'ordo ab chao', 'order out of chaos', or 'staged events'. Macam 9/11, nampak macam chaos tapi sebenarnya semua dah pre-plan, untuk attack Iraq/Afghanistan/war against terror.Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Interpretasi saya sendiri, rangkap ini membawa maksud burung-burung saling terbang menuju ke destinasi yang ditunjukkan oleh burung hud-hud. Helang dengan cara helang. Kui dengan cara kui. Saya kurang pasti kui ini burung apa tetapi menurut seorang rakan saya, kui ini nama lain untuk burung tekukur (salah satu spesis dove).
Berikut pula adalah interpretasi Akh Abdelgadir mengenai rangkap ini:
It can be translated as "Eagle flying across". And I think M. Nasir adapted the word from "Silang" which means across. It should be interpreted might be as:Eagle flying across mountains (or hills or obstacle or valleys) and in this sense it might be a direct reference to the "Conference of the Birds story" in Arabic its "Mantiq Ul-Tair" as these birds flew over several valleys to reach the King "Si Muraq"Apa pun, untuk faham maksud lagu ini kena baca Musyawarah Burung. Boleh baca
di sini. Kalau dapat baca naskah penuh tentu sekali lebih bagus. Perlu ingat juga, lirik lagu ini bukanlah seratus peratus mengenai hud-hud dan perjalanannya. Ia juga menyelitkan keadaan dan konflik semasa dan adaptasi peribadi M. Nasir sendiri.
Sejujurnya, saat membaca bait lirik lagu-lagu yang ditulis oleh M. Nasir saya terfikir siapa beliau sebenarnya. M. Nasir dan rakannya, Allahyarham Loloq sering menulis lirik berunsur sejarah dan elemen sufisme.
Apapun, untuk diri saya sendiri, tulisan M. Nasir melalui lirik lagunya berupaya membuatkan saya berfiikir. Mengenai hidup, mengenai diri, mengenai ciptaan-ciptaan Allah. Semoga kita semua berjaya temui hakikat kehidupan. Berjaya mengenal Pencipta sekaligus mengenali diri sendiri. InsyaAllah.
Wallahu'alam.