Balik kampung memang sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Dah jadi macam tradisi terutamanya untuk hari raya. Tradisi begini sebenarnya dah lama hilang dalam keluarga saya. Sejak masuk tingkatan 1, ibu dan ayah lebih senang beraya di Rawang. Tambah-tambah lagi rumah kami terletak dalam kawasan perkampungan Melayu.
Tapi tahun ini, saya buat permintaan agar kami sekeluarga beraya di Kedah. Arwah Pakcik baru je meninggal. Tentu nenek bersedih. Yelah, tiap-tiap tahun nenek menyambut Aidilfitri dan Aidiladha dengan arwah.
Hari jumaat, Ramadhan ke 28 ayah menjemput saya di USM. Perjalanan menuju ke Kedah perlu menempuhi tempat kejadian kemalangan yang baru seminggu berlalu waktu itu. Saya sangka saya sudah pulih. Rupa-rupanya saya tidaklah sekuat mana. Meski saya sentiasa berada dalam fasa 'denial' (penafian), tapi tak boleh nak sangkal bahawa saya masih trauma. Menggigil dan berpeluh.
Trauma tidak terhad kepada laluan dan tempat kejadian saja. Selepas ke Kedah, saya menyertai ayah ke Perak. Kepingin untuk bertemu Opah yang semakin uzur. Tambah pula di rumah opah ada gathering bersama 9 lagi adik beradik ayah. Oleh kerana jarak dari Sg Siput ke USM agak jauh berbanding jarak Sg Siput ke Rawang, ayah bercadang untuk menghantar saya ke stesen bas Ipoh. Dari Ipoh saya akan bersendirian untuk pulang ke USM. Mendengar perancangan tersebut, Maksu mencadangkan untuk menhantar saya terus ke USM.
Perjalanan dari Sg Siput ke USM memakan masa lebih 3 jam. Hujan lebat dan lebuh raya agak sesak. Paksu memandu laju sambil menguap. Saya sudah keresahan. Bayangan kemalangan tempoh hari kembali bermain di mata. Dalam perjalanan ada motorsikal yang terjunam ke dalam parit. Ada lori yang terbabas dan mengherot benyotkan divider. Saya bertambah resah.
Aih....bukan senang nak pulih dari trauma rupa-rupanya. Fizikal yang sakit boleh dirawat. Tapi jiwa yang kacau, Allah saja yang tahu.
ps: adoiyai~

5 comments:
salam neeza..kuatkan semangat ya..Insyallah ada rahsia yg Allah sembunyikan...selamat hari raya..maaf zahir batin..
sabar wan..slow2 pulihkan kekuatan dlm diri ko dlu..then br dpt hilangkan trauma..
mekasih2..take time la kan...skarang ni sedang mengaktifkan diri berjalan kaki..hehehe
wan, aku dulu eksiden sampai kete kancil terbalik still lagi samapi skrg trauma.. mende tue jdk 2 tahun lepas n still lagi aku takut pada kelajuan. n nasib aku x baik plk dpt awek yg suke bwk kete laju2.. Sabar la ye..
haha awek ske bwk laju tu rawatan sebenarnya...hehe nak bagi pulih trauma
Post a Comment