Thursday, January 10, 2013

Love VS Lust

Assalamualaikum~

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.
Saya nak mulakan post 2013 di blog ini satu persoalan. Rasa, antara lelaki dan perempuan. Adakah ia cinta ataupun, cuma nafsu?

Tiba-tiba je kan tanya soalan macam ni. Tak pernah-pernah menulis pasal cinta lelaki-perempuan, tiba-tiba kali ni boleh pulak terasa nak tulis pasal hal ni. Well~ rasanya tak salahkan sesekali saya sentuh pasal hal ini. Maklumlah, umur pun sudah 26 tahun. Kawan-kawan semua sudah beranak-pinak. Yang masih bujang pun masing-masing sudah berpunya. Bila tengok kawan-kawan ramai yang sudah berbahagia dengan pasangan masing-masing, tipu lah kalau saya kata saya tak rasa apa-apa. Tapi bila kawan-kawan yang nampak macam bahagia ini meluahkan rasa ketidak bahagiaan mereka kepada saya, saya mula terfikir. Apa benar yang mereka rasakan saat bahagia itu cinta? Atau.. nafsu semata?


Okay, kalau yakin itu adalah cinta, sungguhkah ia cinta yang bersandarkan kepada Allah? Cinta yang mengharapkan redha Allah? Cinta yang mahu dibawa sampai ke syurga?

Yakin ke itu benar-benar cinta yang digembar-gemburkan sebagai suci kalau belum apa-apa dah berpegang tangan?
Belum apa-apa dah ringan-ringan?
Belum apa-apa sudah minta yang bukan-bukan?
Belum apa-apa asyik berangan-angan?
Belum apa-apa mak, ayah, saudara, semua dilupakan?

Betul ke cinta kita tu cinta sejati?
Sedangkan kita tertarik sebab rupa dia, sebab gaya dia, sebab pangkat dan gaji dia. Takpun sebab segala ijazah yang dia ada.

Betul ke cinta sedangkan kita tak henti-henti terpedaya dengan bentuk dan rupa?

Hm.... 
Rasa macam dah jatuh cinta? Cuba tanyakan pada hati sendiri. Betul ke cinta? Atau pun nafsu semata? Sungguh ke cinta? Jom buat istikharah dulu. Kot-kot bukannya jatuh cinta, cuma terpesona dengan keterampilan luaran. Allah Maha Mengetahui, tanya pada Dia. Walaupun soal hati sendiri.

“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621)

3 comments:

empty_silent said...

totally true wan.! pada usia yang macam ni, and macam2 kisah yang pernah dengar dari kawan2, membuatkan aku tertanya2 soalan yang sama. Aku harap gak My Future Mr Right terima aku ikhlas kerana Allah.. (mood berangan...lalalala) :p

wan-niza said...

Kan! Ameen. Semoga kita ditemukan dengan lelaki yang betul. Dah katapun Mr. Right kan.

Dan minta dijauhkan dan dilindungi Allah dari nafsu-nafsu durjana (wah!).

silky shin said...

yeah.. setuju juga.. ;)) (takut nak pikir byk)