Ya Bari'
Engkaulah Yang Maha Menjadikan
Aku sebagai aku
Rezeki
Takdir
Hidup
Matiku
Ya Qahhar
Engkaulah Yang Maha Menentukan
Kakiku
Bakal melangkah ke mana
Mulutku
Menuturkan apa
Telingaku
Mendengar bicara alam
Mataku
Melihat sempurnanya Engkau
Hiduku
Menghirup sebuah kehidupan
Ya Fattah
Engkau pembuka jalan hidupku
Ya Basit
Engkaulah yang sentiasa melimpahkan nikmat
Pada aku yang ghaflah
Allahu rabbi
Engkaulah Rab
Yang meng-ada-kan aku di sini
Dalam dosa penuh jijik
Engkau Ar-Rauf
Memandangku penuh belas
Ya Wadud
Engkaulah Yang Maha Mengasihani
Dengan sifat Ar-Rasyid Mu
Memberi petunjuk
Pada tatih goyahku
Izinkanlah aku untuk teguh
Seperti sifat Al-Matin Mu
Agar dapat aku bertemu-Mu
Dengan wajah tersenyum.
haniza
kutubkhanah
Monday, August 26, 2013
Monday, August 19, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Ujian Tauhid: Tiada Tuhan selain Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
'Wan'. Gadis Serani itu memanggil saya.
'Ye?' Saya berpaling kepadanya.
'Tengok ni'. Dia tunjukkan serangkap pantun pada skrin notebooknya.
'Kenapa?' Saya tanya padanya.
'Dua puluh lima?' Dia tunjuk pada rangkap terakhir.
'Ya. Dua puluh lima.'
'Selepas Nabi Muhammad?' Tanyanya lagi.
'Sebelum. Sebelum Nabi Muhammad, ada dua puluh empat lagi. Nabi Muhammad nabi yang terakhir. Yang kedua puluh lima. Sebelum tu ada Nabi Adam, Ibrahim, Isa, dan lain-lain '
Dia buat muka takjub. Terdiam sekejap.
'Oh. Kami panggil Abraham dan Jesus.'
Saya angguk.
'Kita ni sebenarnya sama saja kan. Kita satu rumpun.'
Saya senyum. Dalam hati saya menafikan. Tapi tidak saya balas lanjut. Bimbang saya mematikan langkah pertamanya.
Teringat tazkirah lepas terawih tempoh hari. Imam jemputan dari Timur Tengah bertanya maksud dua kalimah syahadah. Ada yang jawab "No god but God".
Imam jawab, "Wrong". "No god that supposed to be worshipped but Allah," balas Imam. "Because there are so many false god," Imam menegaskan.
Sungguh, kita tak sama.
Ya Allah, teguhkan imanku. Tetapkan lah aku dengan agama-Mu.
Ya Allah, aku percaya hidayah itu milik-Mu. Terbitkanlah secebis hidayah-Mu dalam hatinya.
Sungguh, aku mengasihi dia.
Orang bersalam di dalam perahu,
Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
Bilangan nabi dua puluh lima.
Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
Bilangan nabi dua puluh lima.
'Kenapa?' Saya tanya padanya.
'Dua puluh lima?' Dia tunjuk pada rangkap terakhir.
'Ya. Dua puluh lima.'
'Selepas Nabi Muhammad?' Tanyanya lagi.
'Sebelum. Sebelum Nabi Muhammad, ada dua puluh empat lagi. Nabi Muhammad nabi yang terakhir. Yang kedua puluh lima. Sebelum tu ada Nabi Adam, Ibrahim, Isa, dan lain-lain '
Dia buat muka takjub. Terdiam sekejap.
'Oh. Kami panggil Abraham dan Jesus.'
Saya angguk.
'Kita ni sebenarnya sama saja kan. Kita satu rumpun.'
Saya senyum. Dalam hati saya menafikan. Tapi tidak saya balas lanjut. Bimbang saya mematikan langkah pertamanya.
Teringat tazkirah lepas terawih tempoh hari. Imam jemputan dari Timur Tengah bertanya maksud dua kalimah syahadah. Ada yang jawab "No god but God".
Imam jawab, "Wrong". "No god that supposed to be worshipped but Allah," balas Imam. "Because there are so many false god," Imam menegaskan.
Sungguh, kita tak sama.
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."
[Surah Al-Kafirun]
Ya Allah, teguhkan imanku. Tetapkan lah aku dengan agama-Mu.
Ya Allah, aku percaya hidayah itu milik-Mu. Terbitkanlah secebis hidayah-Mu dalam hatinya.
Sungguh, aku mengasihi dia.
Thursday, July 11, 2013
Terlepas sahur
2 Ramadhan. Saya terlepas sahur. Jaga pagi tadi, jam pada HTC sudah pukul 6.01 pagi.
Semalam saya makan sikit saja. Azam tahun ini nak makan seadanya waktu berbuka. Lepas terawih pun cuma makan seketul donut.
Hari ni tak buat apa-apa pun. Berkurung saja di hostel. Rasa lesu sungguh.
Waktu nak Zohor tadi, kaki hampir tersepak botol air di tepi kepala katil. Tabiat sebelum tidur, minum air. Jadi botol air memang selalu ada dekat dengan katil. Saya pegang dan alihkan ke meja belajar. Tergerak di hati nak curi minum. Bukan ada orang nampak. Kan?
Tapi...
Betul ke tak ada yang nampak?
Allah kan sentiasa nampak. Dia Yang Maha Melihat. Ada pula dua malaikat di kiri dan kanan yang mencatit.
Betullah firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
[al-Baqarah, 2:183]
Puasa melatih kita untuk amanah dengan tanggungjawab sebagai hamba. Puasa melatih kita untuk percaya bahawa Allah sentiasa ADA. Puasa melatih kita untuk menjadi hamba yang bertaqwa.
Rasa lesu dan tak berdaya belum hilang. Tapi setakat tak makan sehari, insyaAllah tak mati. Ramai lagi yang sedang kelaparan bukan sekadar tak bersahur, malah mungkin berbuka semalam pun mengharap belas orang.
Saya masih bertahan. Ada hampir 5 jam lagi. Tulis tesis dulu, pelan-pelan.
Wednesday, July 10, 2013
Ampunkanlah
أَللّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنّيْ
Allāhumma Innaka ‘Afuwwun karīmun Tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni
maka ampunilah aku’
(HR
al-Tirmizi)
Monday, July 01, 2013
Lompat tinggi-tinggi
Melompatlah setingginya
Tapi jangan lupa untuk sujud di bumi dengan lebih lama.
Tapi jangan lupa untuk sujud di bumi dengan lebih lama.
Thursday, May 30, 2013
Peluang ke neraka
Godaan dan cubaan adalah satu fitrah kehidupan. Celik saja mata, kita boleh nampak pelbagai macam godaan yang menarik nafsu. Kalau lelaki, keluar je rumah Nampak perempuan seksi, perempuan cantik. Itu di luar rumah. Kalau di dalam rumah, buka tv ada tayangan separa porno dan artis-artis yang pakaiannya cukup sekadar tutup mana yang patut.
Bukan lelaki saja, perempuan juga begitu. Apa, ingat perempuan tak bernafsu? Malah lebih hebat lagi. Nafsu mengumpat, nafsu bershopping. Bukan lelaki saja suka tengok perempuan cantik. Perempuan juga suka tengok lelaki kacak. Itu lumrah.
Nafsu mungkin boleh kita jaga, kita latih sebaik mungkin. Kita kekang dengan iman dan kita cegah diri sendiri daripada mengikut hawa nafsu sampai memudaratkan diri sendiri.
Tapi, agaknya kalau ada yang membuka peluang untuk kita memenuhi nafsu tersebut, mampu tak kita nak menjauhkan diri?
Zulaikha (atau Zalikha) dalam kisah Nabi Yusuf a.s contohnya. Beliau melihat keelokan paras dan pekerti Yusuf dari muda sampai cukup dewasa. Handsome-nya Nabi Yusuf ini sampai dikatakan sebagai ‘bukan manusia – tetapi malaikat yang mulia’. Sampai satu tahap, nafsu Zulaikha tak dapat lagi nak dikekang. Lalu Zulaikha menggoda Yusuf a.s. Kisah ini ada diceritakan dalam surah ke 12 al-Quran, Surah Yusuf.
Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." [12:23]
Tapi Nabi Yusuf a.s menolak peluang melakukan maksiat.
Yusuf berkata:"Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung. [12:23]
Bukan mudah seorang lelaki normal untuk menolak ajakan dan godaan melakukan maksiat. Tapi Allah pelihara Yusuf a.s daripada mengambil peluang untuk melakukan kemaksiatan itu. Allah berfirman dalam ayat seterusnya.
Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih. [12:24]
Agak-agak, mampu tak seorang lelaki tulen yang normal untuk menolak ajakan berzina kalau tiada keimanan teguh kepada Allah SWT?
Tapi bagi Yusuf a.s, penjara lebih baik baginya daripada memenuhi ajakan melakukan maksiat.
Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh." [12:33]
Saya yakin, walaupun dalam keadaan masalah sosial dan kebejatan masyarat Melayu-Islam di Malaysia ni, masih ramai yang masih memelihara maruah dan kesucian diri. Alhamdulillah. Tapi janganlah sesekali kita pandang rendah atau hina mereka-mereka yang mungkin sudah terlanjur. Jangan sesekali kita menghukum orang. Sebab kita sendiri tak tahu penghujung kisah kita bagaimana. Akan husnul-khatimah (pengakhiran yang baik) kah atau suul-khatimah (pengakhiran yang buruk). Kita ni pun bukan baik sangat. Penuh nafsu juga. Cuma mungkin kita tak diberi peluang untuk berbuat dosa. Itu pun tanda kasihnya Allah pada kita.
Sedangkan Nabi Yusuf a.s pun berkata “..jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka)..” inikan pula kita manusia biasa ni. Takkan nak mendabik dada kata kita lah manusia yang paling baik dan beriman di muka bumi sampai takkan melakukan dosa.
Tak usahlah perasan baik. Kita tak tahu apa yang mungkin kita lakukan kalau kita diberi peluang untuk melakukan maksiat.
Bersyukur selalu sebab Allah jadikan kita sebagai diri kita sekarang. Masa depan, kita tak tahu lagi. Tapi harap-harap Allah akan sentiasa pelihara kita semua. Jangan pula nanti kerana kita suka mengata dan menghakimi orang, kita pula dijemput neraka. Naudzubillah!
Subscribe to:
Posts (Atom)


