Mimpi adalah kunci…
Barangkali memang benar, mimpi adalah permulaan sebuah perjalanan kehidupan. Tetapi mimpi yang saya maksudkan ini bukanlah semata-mata anganan Si Jenin yang akhirnya membuat ia terjatuh dari pohon kelapa nan tinggi hanya kerana terlihatkan puteri yang melintasi kampungnya.
Begitulah kawan, mimpi perlukan keberanian, perlukan usaha. Tanpa keberanian, impian adalah sia-sia. Keberanian untuk menjadikan mimpi itu suatu kebenaran, satu realiti. Tanpa usaha juga mimpi akan tetap sebagai mimpi. Begitulah kuasa mimpi. Bertindak sebagai kunci untuk menikmati kehidupan di dunia (juga di akhirat). Melalui mimpi inilah Ikal mengembara separuh dunia – dari Sorbonne ke Afrika dan berakhir di Edensor, desa terpencil di Tanah Inggeris. Mimpi untuk belajar sesungguhnya, menjadi bukan pewaris pekerjaan ayahnya, datuknya, dan keturunannya turun temurun sebagai kuli PN Timah. Ikal berjaya dan memperoleh sarjana di alma mater Universiti Sorbonne, Perancis.
Pulang ke desa, Ikal kembali menyatu dengan para Laskar Pelangi. Bertemu kembali dengan Lintang dan Mahar – dua genius dengan ekstrimis logika dan imaginasi. Seindah persahabatan dan kekaguman Ikal kepada Lintang dalam buku pertama Laskar Pelangi, kekaguman itu kembali dalam buku terakhir tetralogi ini – Maryamah Karpov: mimpi-mimpi lintang.
Mimpi-mimpi Lintang sebenarnya nama perahu buatan tangan Ikal yang merupakan hasil daripada hitungan formula-formula oleh Lintang berteraskan prinsip Archimedes tentang tekanan mahupun liuk lentuk sebuah perahu dengan keperluan aerodinamik. Perahu yang diusahakan untuk memenuhi sebuah mimpi – mencari A Ling, cinta pertama Ikal.
Meski siri kali ini tidak lagi memperjuangkan pendidikan dan semangat untuk memperoleh pendidikan dengan penuh jitu secara menyeluruh seperti yang pernah dilakukan Andrea Hirata dalam tetralogi Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor, Maryamah Karpov membuatkan saya terjaga dan tersedar. Bahawa hidup ini bukan hanya semata-mata belajar dalam arus perdana. Keberadaan SAYA di SINI bukan kerana saya bijak atau saya pandai. Tapi tak lebih daripada keizinan Tuhan untuk saya memperoleh ilmu dengan ijazah sebagai bukti keberadaan saya.
Seperti Ikal yang bersipongang meski memperoleh ilmu hingga ke Sorbonne, meski punya Master, tapi tak pernah termenangkan dengan ilmu si genius, Lintang, anak yang tak mampu menyambung sekolah kerana terpaksa menanggung adik-adiknya setelah ia kematian bapa. Begitulah saya. Entah berapa ramai lagi yang lebih bijak dan lebih hebat daripada saya di luar yang begitu ingin menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi. Yang punya cita-cita dan impian jauh lebih hebat lagi.
Saya tahu, dan sangat sedar. Karya-karya Andrea bukanlah sebuah kisah benar mahupun kisah betul seratus peratus. Ia percampuran kisah benar dan kisah imaginari yang ditulis tak ubah seperti sedang bercerita. Namun, menyelesaikan lembar akhir karya ini buat saya seakan-akan terjaga dan terkesan. Menyedari bahawa situasi saya pada waktu ini bukanlah apa-apa. Memahami bahawa ketetapan Allah ini adalah anugerah untuk saya sentiasa menjadi tangguh, gagah dan perkasa memikulnya. Segala pemberianNya merupakan tanggungjawab. Bukan sekadar mimpi saya semata-mata tapi berusaha dengan penuh berani untuk memenuhi keperluan mimpi-mimpi itu.
Mimpi adalah anugerah. Ya, saya berani bermimpi. Dan insyaAllah, mimpi itu berani pula saya jadikan kenyataan. Seperti Arai, sepupu jauh Ikal yang akhirnya kembali ke Sorbonne menyambung PhD sekaligus memperoleh belahan jiwanya, Zakiah Nurmala. Mimpi Ikal yang paling teras – menikahi A Ling tak kesampaian dalam siri terakhir tetralogi LP kerana air mata ayahnya yang sekaligus bermaksud ‘tidak’ namun Ikal tak putus asa. Akan ia tetap berjuang sampai nanti ayahnya yang amat ia kasihi merestui mereka.
ps: mimpi saya, apakah?
Barangkali memang benar, mimpi adalah permulaan sebuah perjalanan kehidupan. Tetapi mimpi yang saya maksudkan ini bukanlah semata-mata anganan Si Jenin yang akhirnya membuat ia terjatuh dari pohon kelapa nan tinggi hanya kerana terlihatkan puteri yang melintasi kampungnya.
Begitulah kawan, mimpi perlukan keberanian, perlukan usaha. Tanpa keberanian, impian adalah sia-sia. Keberanian untuk menjadikan mimpi itu suatu kebenaran, satu realiti. Tanpa usaha juga mimpi akan tetap sebagai mimpi. Begitulah kuasa mimpi. Bertindak sebagai kunci untuk menikmati kehidupan di dunia (juga di akhirat). Melalui mimpi inilah Ikal mengembara separuh dunia – dari Sorbonne ke Afrika dan berakhir di Edensor, desa terpencil di Tanah Inggeris. Mimpi untuk belajar sesungguhnya, menjadi bukan pewaris pekerjaan ayahnya, datuknya, dan keturunannya turun temurun sebagai kuli PN Timah. Ikal berjaya dan memperoleh sarjana di alma mater Universiti Sorbonne, Perancis.Pulang ke desa, Ikal kembali menyatu dengan para Laskar Pelangi. Bertemu kembali dengan Lintang dan Mahar – dua genius dengan ekstrimis logika dan imaginasi. Seindah persahabatan dan kekaguman Ikal kepada Lintang dalam buku pertama Laskar Pelangi, kekaguman itu kembali dalam buku terakhir tetralogi ini – Maryamah Karpov: mimpi-mimpi lintang.
Mimpi-mimpi Lintang sebenarnya nama perahu buatan tangan Ikal yang merupakan hasil daripada hitungan formula-formula oleh Lintang berteraskan prinsip Archimedes tentang tekanan mahupun liuk lentuk sebuah perahu dengan keperluan aerodinamik. Perahu yang diusahakan untuk memenuhi sebuah mimpi – mencari A Ling, cinta pertama Ikal.
Meski siri kali ini tidak lagi memperjuangkan pendidikan dan semangat untuk memperoleh pendidikan dengan penuh jitu secara menyeluruh seperti yang pernah dilakukan Andrea Hirata dalam tetralogi Laskar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor, Maryamah Karpov membuatkan saya terjaga dan tersedar. Bahawa hidup ini bukan hanya semata-mata belajar dalam arus perdana. Keberadaan SAYA di SINI bukan kerana saya bijak atau saya pandai. Tapi tak lebih daripada keizinan Tuhan untuk saya memperoleh ilmu dengan ijazah sebagai bukti keberadaan saya.
Seperti Ikal yang bersipongang meski memperoleh ilmu hingga ke Sorbonne, meski punya Master, tapi tak pernah termenangkan dengan ilmu si genius, Lintang, anak yang tak mampu menyambung sekolah kerana terpaksa menanggung adik-adiknya setelah ia kematian bapa. Begitulah saya. Entah berapa ramai lagi yang lebih bijak dan lebih hebat daripada saya di luar yang begitu ingin menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi. Yang punya cita-cita dan impian jauh lebih hebat lagi.
Saya tahu, dan sangat sedar. Karya-karya Andrea bukanlah sebuah kisah benar mahupun kisah betul seratus peratus. Ia percampuran kisah benar dan kisah imaginari yang ditulis tak ubah seperti sedang bercerita. Namun, menyelesaikan lembar akhir karya ini buat saya seakan-akan terjaga dan terkesan. Menyedari bahawa situasi saya pada waktu ini bukanlah apa-apa. Memahami bahawa ketetapan Allah ini adalah anugerah untuk saya sentiasa menjadi tangguh, gagah dan perkasa memikulnya. Segala pemberianNya merupakan tanggungjawab. Bukan sekadar mimpi saya semata-mata tapi berusaha dengan penuh berani untuk memenuhi keperluan mimpi-mimpi itu.
Mimpi adalah anugerah. Ya, saya berani bermimpi. Dan insyaAllah, mimpi itu berani pula saya jadikan kenyataan. Seperti Arai, sepupu jauh Ikal yang akhirnya kembali ke Sorbonne menyambung PhD sekaligus memperoleh belahan jiwanya, Zakiah Nurmala. Mimpi Ikal yang paling teras – menikahi A Ling tak kesampaian dalam siri terakhir tetralogi LP kerana air mata ayahnya yang sekaligus bermaksud ‘tidak’ namun Ikal tak putus asa. Akan ia tetap berjuang sampai nanti ayahnya yang amat ia kasihi merestui mereka.
ps: mimpi saya, apakah?
No comments:
Post a Comment