Monday, August 31, 2009

Kehilangan

Dalam hidup, kita tak terlepas daripada menghadapi kehilangan. Lumrah kehidupan, hari ini ia ada dan esok ia hilang. Terlepas dari genggaman. Allah ada berfirman dalam Surah al-Asr yang bermaksud 'Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.' Begitulah aturan dalam kehidupan. Pesan Rasulullah supaya kita sentiasa ingat akan 5 perkara sebelum hadirnya 5 perkara lain yang barangkali tidak kita sukai.
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

5 nikmat yang hilang ini bukan hanya mendatangkan gundah kepada diri sendiri tetapi juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita, mereka yang mengasihi kita dan bergantung kepada kita. Mati, satu kepastian, satu janji Allah kepada setiap makhluk ciptaannya. Hari ini Dia berikan kita nyawa, bernafas dan menikmati segala rahmat pemberianNya dan tiba-tiba sesaat kemudian, rebah jatuh ke bumi tika Izrail yang sentiasa menjenguk kita setiap saat diperintahkan untuk mengambil nyawa kita. Saat terkeluarnya roh daripada jasad, bukan kita saja merasa sedih, sesal dan gundah memikirkan nasib sendiri. Tetapi juga mereka yang kita tinggalkan.


Sebagai yang meninggalkan, roh menghadapi kebimbangan memikirkan cukupkah amalan yang ada untuk dibawa bekal menghadapi barzakh dan hari pembalasan. Sedangkan mereka yang mengasihi yang bergantung harap pada arwah menangisi memikirkan pada siapakah pula akan harapan perlu digantungkan? Jika seorang bapa yang merupakan ketua keluarga meninggalkan isteri dan anak-anak, siapa pula yang perlu menggalas tugas bapa? Anak yang telah dewasa? Ibu? Kaum keluarga yang lain?

Kehilangan tidak pernah diminta untuk berlaku oleh seorang manusia yang waras. Tapi kehilangan dalam kehidupan itu sesuatu janji yang pasti. Sebagai manusia, meski dalam kehilangan ingatlah bahawa suatu ketika nanti kita juga akan menjadi sebahagian daripada kehilangan itu. Apakah bekalan untuk dibawa telah cukup? Atau kita sebahagian daripada manusia yang rugi?

Menghadapi kehilangan khususnya insan-insan yang dekat dengan hati kita, tempat kita bergantung dan berharap bukan perkara mudah. Pemergian mereka kepada janji Allah tentu sekali membawa perubahan drastik dalam kehidupan kita yang masih tinggal. Tapi qada' dan qadar yang telah Allah tetapkan harus kita terima sebaik mungkin. Dunia cuma pentas kehidupan, sebagai pelantar untuk hari kemudian yang kekal. Terimalah kehilangan orang-orang tersayang dengan penuh lapang dada kerana pasti ada rahsia dalam setiap takdir Allah. Kerja Tuhan siapa tahu?

ps: Al-Fatihah buat Arwah Pakcik, Arwah En Hazis (bapa Aryn), Arwah Hj Musa (bapa Nadia) dan Arwah En Taha Hsni (bapa Emy). Semoga Allah sentiasa mengasihi dan berbelas kasihan pada roh mereka.
Terpandang seorang rijal, wajahnya mengingatkan pada arwah pakcik dan memutikkan air di tubir mata.

7 comments:

Anonymous said...

salam neeza... emy ada terbaca.. mengatakan dlm Al-Quran takde nama malaikat Izrail.. dlm Al-Quran ia dipanggil malaikat maut.. betul ke? nama izrail mungkin dari sumber israiliyat.. waalahualam..

al-fatihah untuk semua yg telah meninggalkan kita..

wan-niza said...

waalaikumussalam wbt
ttg izrail tu, niza pun tak sure..tapi dulu masa kecik ada belajar 10 malaikat yang wajib diketahui, dan salah satunya izrail yang bertugas sebagai malaikat maut...kalau israiliyat, tak tau la pulak
astaghfirullah

ARYN said...

thanks :) sedih plak bila baca. huuhu. alfatihah buat suma yg tlh kembali ke rahmatullah

wan-niza said...

tambah sediah pulak sebab semua berlaku pada tahun ni

Emiey said...

i miss my dad.... :( ramadhan yg sunyi...

Anonymous said...

emy norlyana-sedekah alfatihah utk arwah.. mati adalah ketentuan untuk sume yg hidup. cukupkah amalan???? aduh..

wan-niza said...

betul tu hapiz...mati tak pernah kenal erti tua..bersedia atau tidak untuk kita hadapinya?