Lama rupanya saya tak update blog ni. Dua tiga minggu kebelakangan ni saya ada penyakit tak boleh tenung laptop lama-lama. Jadi saya cuma buka laptop untuk buat benda-benda penting saja. Macam benda-benda berkaitan pengajian. Punya lah tak buka laptop, emel pun bertimbun-timbun tak check. Siap banjir dengan spam lagi. Facebook pun saya tak sudi buka. Tapi tak boleh juga kan. Hati membuak-buak (wah! bahasa~) nak membebel di blog ini. Jadi, telan mefenamic acid sebiji, tidur sekejap dan tada~ saya menaip di blog ini. Mefenamic acid tu apa? Sejenis dadah. Hehe. Ubat tahan sakit anti-inflammatory untuk mild migraine saya. Boleh juga guna untuk menstrual pain. Tapi tak bagus sebenarnya bergantung dengan ubat tahan sakit ni. Dulu, maksud saya sejak di bangku sekolah lagi saya sering di'prescribed'kan dengan ubat tahan sakit. Tapi memang tak makan. Simpan buat koleksi. Sebabnya, ubat tahan sakit ni kebanyakannya mendatangkan sakit yang lain. Terutamanya kepada perut. Jadi, selagi boleh tahan, memang tak makan la ubat tu. Doktor juga prescribed ertgotamine+caffeine untuk rawatan migraine. Tapi cukup kot ambil pain-killer je.

Saya bukanlah penghidap migraine tegar. Seingat saya, kali pertama saya merasa penangan migraine ni waktu di tingkatan 4 dulu. Dah hampir 9 tahun dah pun. Migraine sekali lagi waktu sedang berusaha menyelesaikan disertasi Master. Dan yang paling terbaru, dua minggu lepas. Ini migraine ye bukan sakit kepala.
gambar: hampir seperti apa yang mata saya nampak bila migraine sedang beri salam sebelum kesakitannya terasaSaya selalu berpendapat, tubuh badan kita adalah anugerah Allah. Saya juga percaya, tubuh seorang manusia punya mekanisme tersendiri dalam merawat setiap masalah yang dihadapinya. Contohnya selsema. Kenapa hidung kita berair? Kenapa tiba-tiba kelenjar mukus tiba-tiba merembeskan mukus tak henti-henti? Kenapa kita demam? Kenapa bila demam suhu badan kita naik? Dan kenapa kita berasa lemah bila kita demam? Semua ini, saya percaya ada sebabnya. Dan tubuh badan kita yang merupakan penciptaan Allah ini punya cara tersendiri untuk merawat dirinya sendiri. Atas kepercayaan ini, saya saaaaaangat tak suka makan ubat. Sebabnya, saya anggap ubat - yang macam orang putih kata, DRUGS mendatangkan kemudaratan. Ye, mungkin boleh merawat, tapi akan ada kesan sampingannya nanti. Jadi, lebih baik kalau izinkan tubuh kita sembuh perlahan-lahan. Cikgu Biologi saya dulu pernah kata, tubuh kita berbicara dengan kita melalui penyakit. Dia nak bagi tahu, "SILA REHAT", "SILA TIDUR", "SILA JAGA PEMAKANAN" dan segala macam sila lah. Ustazah saya pula kata, sakit itu anugerah Allah. Buat penghapus dosa-dosa kecil. Patutlah perempuan ada menstrual pain (senggugut) kan. Maklumlah, perempuan ni kan selalu je buat dosa kecil (kecil je, besar tak). Yelah, kadang-kadang 'ter'mengata makcik kafe. Kadang-kadang 'ter'umpat pakcik guard. Macam-macam 'ter' lagilah yang boleh buat dosa kecil bertabung-tabung.
Tapi, manusia biasa selalu tak nampak yang sakit tu rahmat Allah kan? Kita selalu mengeluh. Aduh..aduh. Sakitnya...sakitnya. Kan lebih baik kalau kita kata: "Astaghfirullah.;Ya Allah, ya Allah" masa sakit tu. Kan lebih baik kalau kita bertasbih, Subhanallah bila kepala kita berdenyut-denyut. Alhamdulillah bila kita muntah-muntah sebab pening. Laila ha illallah masa tubuh kita lemah terlantar. Allahhuakbar bila kita rasa hantuk kepala kat dinding pun lagi best berbanding sakit yang kita rasa. Lebih baik kan? Yelah daripada dok aduh aduh. Sambil nangis, huhuhu~ Lepastu guling-guling dan hantuk kepala kat dinding sambil jerit sakit! sakit!. Macamlah dengan meng-aduh dan menjerit kesakitan tu dapat mengurangkan sakit kita. Macamlah guling-guling dan hantukkan kepala tu dapat kurangkan sakit kita. Kalau kawan-kawan kata bertasbih dan bertahmid pun tak kurangkan sakit, at least kita dapat tambah pahala kan? See? Tengah sakit-sakit pun boleh tambah pahala! Ha, inilah yang dikatakan sakit tu anugerah Allah. Tanda Allah sebenarnya sayang kat kita. Kita je yang tak berapa nak sayang kat diri kita.
Kenapa saya kata kita tak sayang kat diri kita? Tengok lah apa yang kita makan. Breakfast roti canai 2 keping , teh tarik manis gelas besar. Lunch pula nasi 3 pinggan dengan kari kepala ikan. Hi-tea pula kuih manis-manis dengan kopi o kaw-pekat-manis. Dinner nasi lemak lauk telur sotong dengan rendang tok. Supper pula charkuewteow. Fuh!

Tambah lagi dengan kita yang memang tak suka, tak suka ye, bukan malas, untuk bersenam. Tak suka kena panas sebab takut hitam. Tak suka peluh sebab nanti busuk. Tak suka keluar-keluar nanti orang tengok, segan. Oh puh-lease~ dalam bilik, dalam rumah pun boleh bersenam ye. Ha poco-poco dah tak diharamkan kan. Aerobik pun tak haramkan. Buat la sorang-sorang dalam bilik. Nak menari ke, nak berjoget ke, nak beryoga ke, buat lah. Asalkan dapat keluar peluh, dapat bakar kalori. Tapi jangan over pula ye.
Kunci nya adalah sayangi diri kita. Diri kita, tubuh kita, semuanya anugerah Allah. Perhatikan cara hidup kita, perhatikan cara makan kita. Sayangi diri kita, jaga diri kita. Sebab, menjaga diri kita merupakan satu menifestasi bahawa kita bersyukur dengan anugerah tubuh badan yang Allah beri pada kita. Jauhi dadah, jauhi zina. Jangan dera diri anda (dan saya juga).
Sampai nanti, take care!
Wassalam.
ps: tiga minggu tak update blog tiba-tiba bilangan follower meningkat dua kali ganda.
2 comments:
betul kata Wan tu. kita biasanya x suka (x nak & malas) nak buat walopun kita tau benda tu bagus utk kita. kita cipta seribu alasan supaya kita x perlu buat langsung. tp bila kesedaran tu timbul, kita sendiri rajin nak buat tanpa ada rasa mcm kena paksa. kan? :D
semoga migrain Wan berkurangan & sembuh terus! ;)
insyaAllah Kak Iza, ameen atas doanya. :)
Post a Comment