Wednesday, April 22, 2009

buat pedoman...

Takut mati di gereja

Jenazah lelaki HIV muslim diurus seperti orang bukan Islam.


KETIADAAN rumah perlindungan khusus untuk pesakit HIV muslim boleh menambahkan derita pesakit.



MASHUD


"BILA dapat tahu saya dijangkiti HIV positif, saya nekad untuk menjalani hidup dengan lebih positif dan mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ke mana harus saya tuju?

"Oleh kerana tiada tempat pemulihan dan perlindungan khusus untuk pesakit HIV lelaki muslim di negara ini, kami terpaksa menumpang teduh di gereja," cerita Latif Osman, 40-an, (bukan nama sebenar) yang ditemui Jurnal baru-baru ini.

Latif dan tujuh rakannya yang baru dua bulan ditempatkan di Baitul Fiqh, Subang, Selangor begitu lega kerana kini dia tidak lagi perlu menghuni rumah perlindungan kelolaan sebuah gereja di Selangor.

Untuk maklumat, selama ini hampir semua rumah perlindungan HIV yang dikelolakan pertubuhan bukan kerajaan atau pihak persendirian beragama Islam dikhususkan untuk pesakit HIV/ AIDS wanita.

Latif nekad untuk keluar dari rumah perlindungan sebelum ini selepas melihat seorang rakannya meninggal dunia akibat penyakit tibi. "Jenazahnya yang tidak dituntut oleh keluarganya telah diuruskan mengikut cara Kristian sedangkan dia seorang muslim," cerita Latif.




Menurut Latif, Baitul Fiqh pada asalnya ialah rumah perlindungan untuk bayi-bayi yang dibuang oleh ibu mereka namun terpaksa menerima pesakit HIV memandangkan tiada rumah perlindungan khusus yang sanggup menerima mereka.

"Memang ada banyak rumah perlindungan untuk pesakit HIV lelaki, tetapi semuanya diuruskan oleh gereja Katolik sedangkan ramai pesakit ialah orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

"Saya percaya ramai lagi rakan-rakan sebangsa saya yang ingin keluar dari rumah perlindungan tersebut namun tiada tempat yang boleh dituju. Hendak balik kampung, keluarga sudah membuang mereka," ujarnya.

Latif yang sudah 18 kali keluar masuk penjara dan pusat pemulihan dadah berkata, pesakit HIV memang tidak boleh lari daripada stigma negatif masyarakat, namun mereka perlu tetap pendirian jika benar-benar ingin berubah.

"Kami tidak boleh menyalahkan masyarakat. Namun kami juga mahu masyarakat faham bahawa kami mahu bertaubat dan menjalani kehidupan normal," ujar anak kelahiran Kuala Selangor ini yang mula menyuntik dadah ke tubuhnya ketika berusia 18 tahun.

Seorang lagi pesakit HIV, Mashud Jamil, 35, (bukan nama sebenar), berkata, dianggarkan beribu-ribu pesakit HIV muslim bakal kehilangan pedoman jika mereka tidak dikeluarkan segera dari rumah perlindungan Katolik berkenaan.

"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan.

"Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang selesa bagi pesakit muslim ialah tiada pengisian agama dan kami tidak bebas untuk melakukan ibadah seperti bersolat dan mengaji," katanya yang pernah tinggal di rumah perlindungan Katolik di Melaka beberapa tahun lalu.

Jelas Mashud, kebanyakan rumah perlindungan ini tidak memaksa mereka untuk menukar agama tetapi jika pesakit dalam keadaan nazak, pihak pengurusan akan berdampingan dengan pesakit sehingga akhir hayatnya.

Bagi Mashud, itu adalah fasa yang menggerunkan kerana walau seteruk mana pun perjalanan hidupnya, dia masih mahu mati sebagai seorang Islam.

Selamatkan akidah mereka – Juhaidi

MENURUT Yang Dipertua, Rumah Perlindungan Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, di sekitar Lembah Klang sahaja, terdapat kira-kira 3,000 penghidap HIV yang dilaporkan masih aktif mendapatkan rawatan dan menjalani pemeriksaan bulanan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Saya percaya 65 peratus daripadanya ialah pesakit muslim. Pada masa ini mereka ditempatkan di rumah perlindungan Katolik memandangkan pertubuhan itu saja yang sanggup menerima dan menguruskan pesakit-pesakit ini.


JUHAIDI


“Apa yang membimbangkan ialah pengurusan dan pengisian di sana. Menurut penghuni sendiri, ada sesetengah rumah perlindungan memaksa mereka menukar agama jika mahu terus tinggal di situ,” katanya.

Tambah Juhaidi, memang wujud kes jenazah pesakit muslim yang tidak dituntut diuruskan pihak gereja mengikut cara Kristian.

“Ketiadaan rumah perlindungan untuk golongan itu bukan perkara remeh. Ia melibatkan soal agama dan kesihatan.

“Saya gesa pihak berkuasa seperti majlis agama Islam segera bertindak,” katanya.

Setakat ini, Baitul Fiqh menempatkan lapan penghidap HIV muslim. Bagaimanapun tiga daripada mereka telah meninggal dunia.

Wednesday, April 08, 2009

Belasungkawa Nasir Salleh Syafie

saya dan pakcik ketika majlis walimah abang

Saya terima panggilan daripada abang saya ketika di dalam kelas. Sedang mendengar tazkirah daripada Ustaz Zul tentang hadis berkenaan dengan amal kebaikan. Matan hadis berkaitan dengan suruhan Rasulullah s.a.w yang menyuruh agar bersegera membuat kebaikan. Panggilan daripada abang memerlukan saya keluar dari kelas. Suara abang kedengaran sedih. Seakan menahan sebak. Dikhabarnya pakcik saya yang merupakan satu-satunya adik ibu meninggal dunia. Saya tergamam. Istighfar kerana kejutan yang melanda. Innalillah, sedar bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Kembali masuk ke kelas, air mata saya bergenang. Ustaz Zul masih meneruskan pengajaran. Saya terperosok di kerusi. Rasa terhenyak dan bayangan pakcik muncul satu demi satu.

Hj Nasir begitu panggilan orang kepadanya. Anak jati Kedah yang banyak mendorong saya untuk meneruskan pengajian peringkat sarjana. Pakcik saya sedang menyambung belajar peringkat ijazah sarjana muda. Katanya mahu seperti saya suatu hari nanti, menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Tak ramai yang tinggi dalam keluarga saya. Dalam adik beradik ibu, cuma pakcik seorang yang tinggi. Anak-anak maklong, cuma sepupu lelaki saya seorang yang tinggi dan anak-anak ibu, cuma saya seorang yang tinggi. Mungkin kerana faktor ini, pakcik gemar bergambar bersama saya. Pakcik juga punya kecenderungan yang hampir sama dengan saya. Gemar membaca, hobi kami yang amat nyata. Bezanya, hobi pakcik tak disukai nenek. Membazir katanya. Sedangkan hobi saya amat disokong ibu.

Saya tak punya banyak kisah dengan pakcik walaupun saya cucu perempuan sulung. Tapi kehadiran pakcik sangat mengesankan hidup saya terutamanya setelah saya menginjak dewasa. Pakcik turut hadir ketika konvokesyen saya. Pakcik juga turut mempengaruhi ibu agar mengizinkan saya menyambung belajar saat orang lain memperkecilkan hasrat saya.

Alhamdulillah pagi tadi, sekitar jam 11 jasad pakcik telahpun disemadikan. Di tanah perkuburan, ada suara yang menyatakan wajah saya seiras dengan wajah pakcik. Ada juga yang bertanya dengan siapa akan nenek saya menetap kerana sebelum ini pakcik yang menemani nenek di kampung. Saya bulatkan hati. Nekad meluah rasa pada ibu. Biar saya yang menemani nenek. Jarak perjalanan 2 jam antara USM dengan Kota Setar bukan penghalang. Lokasi kajian saya bakal diubah daripada Wilayah Persekutuan kepada Kedah. Nanti bakal saya usulkan pada penyelia dan guru saya.

Berada di tanah perkuburan dan melihat nenek saya yang lesu terduduk di tangga masjid sambil memerhati dari jauh pengebumian pakcik buat saya terfikir. Saya juga tidak sesihat mana. Akankah saya pergi dulu sebelum ibu saya? Akankah saya punya kesempatan menjaga dan membalas jasa ibu? Akankah sempat saya menjengah usia tua dalam hidup? Kerana maut tak mengenal usia. Pakcik baru 47 tahun. Masih muda belia untuk seorang lelaki.

Untuk pakcik, Yasin dan Al-Fatihah saja yang mampu saya hadiahkan. Doa saya agar Allah terima roh dan jasad pakcik sama seperti mukmin yang dicintaiNya. Saya dan adik beradik saya serta sepupu yang cuma tiga orang akan sentiasa berharap agar doa kami diterima Allah kerana kami anak pakcik.

Saya tak yakin ada sesiapa yang mengenali pakcik di sini. Tapi andai ada yang tersesat membaca entri ini dan ditakdirkan Allah mengenali diri pakcik, saya mahu mohon maaf andai pakcik ada berbuat salah atau silap. Sebagai manusia biasa tentunya tidak terlepas dari dosa.

Md. Nasir bin Salleh
Bekas kakitangan MIDA, Kuala Lumpur
Batu 9 1/2, Kota Sarang Semut, Kedah

Saturday, March 28, 2009

earth hour - bukan hanya satu jam

Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini, insyaAllah kita bakal bergelap selama sejam di seluruh dunia. Buat semua yang terlibat, tahniah diucapkan. Tahniah kerana sekurang-kurangnya anda berpatisipasi. Oh ya! Waktu isyak akan berlangsung ketika tempoh bergelap. Mungkin ini masanya untuk anda solat berjemaah!. Berkumpul hanya di satu tempat. Masjid barangkali. Atau mungkin juga di surau. Terpulang.

Melewati beberapa weblog yang biasa dilawati, ternampak beberapa komen yang tak berapa nak baik tentang sambutan earth hour. Katanya satu kerja bodoh. Aiya…sempit sungguh pemikiran. Earth hour hanya satu simbol. Menunjukkan kita peduli. Menunjukkan kita sayang bumi kita. Bumikan anugerah Allah buat kita, manusia yang diberi akal dan iman untuk mentadbir dan menguruskan alam. Manusia dicipta dengan dua peranan – hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah meletakkan manusia sebagai makhluk yang diciptakan untuk sentiasa mentaati segala perintah Allah (dan menjauhi larangannya) sedangkan tugas sebagai khalifah Allah meletakkan manusia ke kedudukan yang hebat jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lainnya.

Jadi, sebagai khalifah dan hamba Allah, manusia perlu, wajib dan mesti mentadbir alam sebaiknya. Tak perlu tunggu earth hour untuk menutup lampu. Mulakan dari sekarang. Laptop yang tak digunakan, switch off la…kalau nak tinggal sekejap mungkin boleh diletakkan dalam mod standby..alah, anda lebih tahu. Kalau nak gosok baju, seterikakan banyak-banyak. Sebab, banyak tenaga elektrik yang diperlukan hanya untuk menaikkan suhu seterika anda. Lepas keluar dari kamar kecil, jangan lupa tutup lampu. Waktu berus gigi, tak perlulah membiarkan air paip terus mengalir laju. Rumah anda banyak tv? Barangkali boleh mengurangkan bil elektrik jika anda berkumpul bersama-sama ahli keluarga yang lainnya dan menonton dari satu tv sahaja. Hal yang sama juga boleh diaplikasikan untuk petrol anda!

Paling penting, pandanglah kasih sayang kita kepada bumi dan sokongan jitu kepada earth hour ini sebagai menifestasi cinta kita kepada Allah. Ingat kembali, Allah yang menciptakan bumi kan? Lagipun, dengan mengaplikasikan konsep jimat elektrik dan jimat air serta jimat segala macam bahan api ni, kita akan menjimatkan wang kita juga. Yang paling penting, bila berjimat kita akan menjauhi pembaziran yang merupakan amalan syaitan. Seterusnya kita amalkan sikap bersederhana a.k.a wasatiyyah. Semoga dengan itu juga kita peroleh redha Allah.

Remember! Earth hour is not just an hour. Jadikannya sebahagian daripada hidup kita. Ngomong-ngomong, USM ikut nyokong earth hour tapi waktunya dianjak dikit ke jam 9 hingga 10 malam. Saya dan teman sebilik bercadang mahu bersiar-siar sekeliling kompleks desasiwa..melihat tingkap-tingkap gelap milik pelajar USM. Akankah gelap?

Saturday, March 14, 2009

A lesson from a capitalist

I met my teacher few days ago to talk about my future. He asks me about the research subject I'm passionate with. Frankly, I have no plan. Just few dream which are almost impossible to become a reality. That time, I realize that I'm not an ambitious person. Throughout my life, I just am following the flow. Do anything I had to, and stick to the rules. Not more, not less.

My teacher once told my friend and I about a speech by a capitalist he met on the day before we talked. The capitalist is a 50 year old man, with the position of CEO in an international company said to him (my teacher) "I am 50 year old and I have a plan for another 40 years. I've been making money for 25 years and I want makes more money for the next 40 years. My father died at the age of 102 and stop from going to his office by 90." Then my teacher told about another capitalist which is the owner of established company in Malaysia. The capitalist said, "I am greedy. We, capitalist always love money. But for us to make more money, we have to make sure there are people out there to give us their money. To do so, we have to ensure the sustainability of buying power and the ability of the people to buy our products." The determination in the CEO's mind is the one that my teacher wants me to have. The willingness to workhard and focus are the attitude that my teacher wants me to live with. I just smile (counting years for me to do things that I want to). My teacher add, "Wan dah sampai tahap ni. Supposed you have something in your head. Saya tak mau arahkan Wan buat ikut kehendak saya. I don't want to dictate you. That is definitely not an ISDEV's style," he said.

Hesitation is not something that I can leave behind especially in this situation. It is not only about the like or dislike. It is not only roaming between want and don't want. It was the third day I asked Allah to give me hidayah, to guide me to the best way. He had given to me. Might I stand strong? or should I change the path? After the fifth day, I believe this is the best I can do. InsyaAllah Prof, I'll not let you down.

I met my teacher yesterday. I need to see him before submit the form that bothering me for the whole past week. He gave me a smile. A smile of a father, a smile of a teacher. A smile that give me strength. InsyaAllah, I will come back as a person that he can count on. And the determination he wants me to have, the willingness to strive and focus. I will be. I am now.

ps: harap2 istiqamah la... .

Monday, March 09, 2009

Maafkan kami

Subuh di hari isnin
12 rabiulawal penuh kedamaian
Kita lakukan bid'ah hasanah
Memuji dan membesarkan Allah
mengingati dan berselawat Rasulullah

Sayu di hati
Rasulullah telah pergi
Ditinggalnya kita bersama nur Islam
Bersama cinta dan hidayah Ilahi

Sering pula kita lalai
Sering yang kita perjuangkan
Bukan penyambung perjuangan baginda
Terlupa dan terleka

Maafkan kami ya Rasulullah
Rindu kami padamu
Cinta kami padamu
Hanya menjelma saat maulid mu
Maafkan kami ya Rasulullah

Tuesday, March 03, 2009

Rezeki, antara nampak dan tidak

Rezeki kadang-kadang tak disangka. Memang sukar untuk dijangka. Kadang-kadang kita rasa jalan kita sempit. Hantar curriculum vitae sana, hantar resume sini, tak juga dipanggil. Rupa-rupanya Allah sengaja sempitkan jalan. Dia tutupkan peluang yang lain. Supaya kita dapat pergi lebih jauh lagi. Dan terus kepada tujuan yang telah Dia tetapkan. Peluang untuk pergi lebih jauh itu satu rezeki yang tidak kita ketahui hikmahnya.

Ada orang murah rezeki. Belum konvo sudah dipanggil ke temuduga. Baru satu temuduga sudah peroleh kerja. Murah rezeki, kata kita. Ada yang lainnya. Belajar pun belum tamat. Pensyarah sudah melamar menjadi pembantu penyelidik atau pegawai penyelidik. Kemudian terus menyelesaikan sarjana. Murah rezeki, kita kata. Ada pula yang baru tamat belajar sudah dikitbah (pinang). Dapat pula bakal suami bekerja besar, punya gaji besar, berumah besar, berkereta besar. Senang kata materinya serba lengkap. Itu lagilah kita dok kata murahnyaaaa rezekiiiii.

Tapi itulah orang kita dan kita-kita semua sekali. Yang hebat-hebat, bagus-bagus, wang dan kemewahan melimpah ruah itulah cuma yang dikata sebagai rezeki. Hingga kita terlupa bahawa setiap pemberian Allah itu adalah satu rezeki.

Secebis bencana, satu rezeki yang membuat kita mengingati dia. Sedikit sakit, satu rezeki buat penyembuh dosa-dosa kecil. Sekelumit halangan, satu rezeki yang menjadikan kita lebih berusaha dan menghargai jerih perih kita. Cuma tinggal pada kita. Mahu membuka mata atau tidak. Cuma tinggal pada kita. Mahu bersyukur atas segala pemberian Allah pada kita atau sekadar menceceh, merungut mahu itu ini. Dugaan kita bukan seberat para anbiya. Cukup setimpal dengan kemampuan kita. Itu janji Allah. Tidak Dia berikan pada hambanya ujian yang tak termampu ditanggung.

Jangan lupa untuk berusaha sebaik, sekeras dan sehabis mungkin. Kemudian, hasilnya kita serahkan pada Dia Yang Maha Mengetahui. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan manusia yang bertakwa. Semoga pemberian Allah itu satu anugerah, jaluran jalan buat kita berjalan mendekati redhaNya. Dan bukanlah satu bentuk istidraj. Hukuman dalam bentuk kenikmatan duniawi yang menjauhkan kita daripada cinta dan kasihnya.

ps: mohon didoakan sesama kita, saudara seIslam. Moga tidak tersasar dalam perjuangan. Moga tidak lalai dengan kesenangan. Moga sentiasa bernaung dengan keteguhan iman. Moga peroleh redha ar-Rahman. Ameen.

Wednesday, February 18, 2009

Juang Tiada Pernah Berhujung

juang ini belum tiba ke hujung
jika kau tidak mahu menyertai
berhenti mencemuh
tutup saja mulut mu

juang ini belum tiba ke hujung
walau media berhenti berkata
walau ketua mu punya lain agenda
walau kau cuma berpropaganda

juang ini belum tiba ke hujung
biarpun kau tutup sempadan itu
biarpun kau tak sudi untuk membantu
biarpun kau tinggalkan kami berseteru

juang ini belum tiba ke hujung
meski garis penamat tiada temu
meski kau bunuh aku
meski syahid datang berjamu

juang ini belum tiba ke hujung
sentiasa akan ada yang mengganti
al-Malik akan datangkan kemenangan suatu hari
sehingga itu juang ini terus bersama kami

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Di mana mereka itu?
Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya

ps: jgn pernah berhenti mendoakan para pejuang palestin serta syuhada yang gugur sepanjang penjajahan Zionis